assalamualaikum,
politik..bila cakap pasal politik kat Malaysia ni (negara lain gua xtau) mesti ada yang gaduh2, perang mulut, baling2 taik semua tu..adat lah kan sebab masing2 nak menang..
gua tak kesah kalau korang nak gaduh sampai nk start perang dunia ke-3 sekali pon asalkan korang tak ganggu hidup gua dan hidup org yg x terlibat dalam 'perang' kau orang tu..dan kalau nk berpolitik pon kena bertempat la brader..time makan lu nak politik, time kerja lu nk politik, time berak pon lu nk politik lagi lantak lu lah tu hidup lu..tapi bila masuk bab yg sensitip2 ni mmg gua marah,,marah yang amat sangat sampai boleh bertukar jadi super saiya ke-7 tau dak!
hah apa yang sensitip tu?? contohnya yang baru je terjadi beberapa minit sebelum gua buat entry ni..beginilah kisahnya bermula...
tersebutlah kisah...
ada seorang Budak Kampung yang hensemlah jugak rupanya (kahkahkah!) sedang on9 baca berita dekat Berita Harian Online..ketika beliau sedang bergelora hatinya slps membaca berita pembunuhan remaja perempuan yang berlaku di Gua Musang, Kelantan, tiba2 dia terbaca beberapa komen celaka di bawah berita itu yang membuatkan dia berasa seperti makan roti canai tanpa kuah kari! ternyatalah komen2 itu datangnya dari mamat2 celaka yang mungkin gelap hatinya kerana terlalu suka membaca berita2 politik tak kira dari media elektronik mahupun media cetak..lalu dia membentak di dalam hati "celaka punya manusia takde sense of humanity langsung fakk fakk fakk! karang gua cepuk semua bersepai gigi kang! bengong tak habes!"
maka tamatlah Hikayat seorang Budak Kampung pada hari ini Kbye~
p/s: gua tak minat nk hambek tahu pasal politik kt Malaysia ni~ penuh dengan fitnah n penipuan..you know apa balasannya bagi org yang menfitnah tanpa bukti??! do you know that??! kalau berita politik korang boleh google, ce google hukuman bagi org yg menfitnah sehingga mnjatuhkan maruah seseorang!

